| |
Pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki fasik yang tidak pernah berhenti melakukan kejahatan.
Masyarakat Bani Israel tidak berani menegur perbuatan lelaki kejam itu dan tidak treragak-agak untuk bertindak kepada mereka yang melarang perbuatannya.
Kaum itu pun berdoa dengan khusyuk kjepada Allah supaya bebas daripada rasa takut terhadap lelaki itu. Doa mereka dikabulkan Allah.
Allah mewahyukan Nabi Musa, agar mengusir pemuda itu supaya masyarakat diNegeri itu tidak ditimpa malapetaka. Pemuda fasik itu pun kemudiannya diusir oleh Nabi Musa kesebuah kampung lain yang tidak jauh dari kampung asalnya.
Pemuda itu walaupun berada dikampung lain, Allah wahyukan kepada Nabi Musa supaya mengusirnya sekali lagi dari kampung yang baru didiaminya. Sekali lagi Nabi Musa menghalaunya dari kampung itu. Pemuda berkenaan kemudian membawa diri kesebuah
Ketika itu, matahari bersinar terik memanggang
Akhirnya beliau jatuh sakit ditempat itu dan tiada sesiapa pun yang dapat menolongnya. Dalam keadaan sakit dan berbaring diatas tanah yang panas itu beliau berdoa :
"Wahai Tuhan ku, andainya ibuku berada dekat kepala ku ini, nescaya dia akan menyayangi aku dan menangisi aku diatas kehinaan aku ini.
Andainya isteriku berada disamping aku, tentu dia akan menangis kerana terpaksa berpisah dengan ku.
Dan andainya anakku berada di sebelahku, tentu mereka menangis dibelakang jenazah aku dan berkata: 'Ya Allah, ampunilah ayah kami yang asing dan lemah serta sering menderhaka dan berbuat kejahatan hingga terusir dari satu kota kesatu kota lain, dari kampung ke tanah lapang dan gersang ini dan dari dunia ke akhirat dalam keadaan berputus asa daripada segala sesuatu kecuali daripada Rahmat Mu Ya Allah.'
Engkau sudah membakar hatiku dengan memisahkan mereka daripada ku. Janganlah Engkau bakarkan aku dengan apiMu lantaran maksiatku."
Selepas pemuda itu berdoa dengan penuh keinsafan terhadap segala dosa yang pernah dilakukannya. Allah mengirimkan beberapa bidadari yang menyerupai ibu, isteri dan anaknya serta malaikat yang menyerupai ayahnya.
Mereka pun duduk disisinya dan menangisi pemuda itu, seakan-akan mereka itu adalah ibu, ayah, isterinya dan anak nya. Mereka berbuat demikian sehingga pemuda itu tenang.
Pemuda itu lalu terus berdoa: "Ya Allah, janganlah Engkau putuskan aku dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Tidak lama kemudian, pemuda itu pun meninggal dunia dalam keadaan suci dan diampuni.
Maka Allah mewahyukan Nabi Musa supaya kesebuah tanah lapang yang gersang kerana disitu. ada seorang wali Allah sudah meninggal dunia. Allah memerintahkan Nabi Musa supaya memandi dan megkafankan dan menyembahyangkan mayatnya.
Nabi Musa segera berangkat ketempat yang diperintahkan.
Ketika tiba ditempat itu, baginda melihat 'WALI' yang dimaksudkan adalah pemuda yang pernah diusir olehnya dari
Nabi Musa pun bertanya: "Wahai Tuhanku, bukankah dia itu pemuda fasik yang aku usir dari
Allah berfirman: "Benar, wahai Musa namun aku kasihankan kepadanya dan memaafkannya lantaran ratapannya kepadaKu dalam sakit dan kesepiannya yang terpisah jauh dari kampung halaman, kedua-dua orang tuanya, dan daripada anak-anak serta isterinya.
Aku kirimkan bidadari dalam rupa bentuk ibunya dan malaikat dalam bentuk ayahnya lantaran Aku kesian kepadanya atas kesedarannya terhadap kehinaannya ketika sedang bersendiri.
Ketika pemuda yang jauh daripada sanak saudara keluarga ini mati, semua penghuni langit dan bumi menangis lantaran kesihan kepadanya. Justeru itu, bagaimana Aku tidak mengasihaninya sedangkan Aku adalah Yang Maha Penyayang diantara
Nabi Musa segera melaksanakan perintah Allah dan beruntunglah pemuda itu yang mati dalam limpahan Rahmat dan Ma'arifatNya.
No comments:
Post a Comment
THE CLEAR MIRRORS
The fitrah is normally referred to as the 'mirror of fitrah'-whereby through the fitrah alone man can clearly see and believe in the existance of Allah, if he allows those inborn feelings to guide him.