Sunday, March 6, 2011

MQTK Ahlulbait Melayu..



any post

Maher Zain - InsyaAllah ( Malay Version) With Lyrics



any post

Friday, December 17, 2010

ESQ 165 Asma Ul Husna 99 Names of Allah



any post

Tuesday, July 6, 2010

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH

SEJARAH DAN KONSEP

 AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH 

Oleh: Muhammad 'Uthman El-Muhammady 
PENDAHULUAN
TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri.  Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi.  Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini berhubungan dengan identiti umat ini.  Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.  

Bab I SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya.  Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" dengan pluralnya "firaq".  Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:
Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".
Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan "umatku" itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat.
Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda
Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan).  Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka.  Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga.  Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?".  Jawab Baginda "Jama'ah".
Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah "jama'ah".
Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan.  Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah".
Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah "al-Jama'ah".  Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik
adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).

Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, "Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita".  Lalu Hudhaifah bertanya, "Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?".  Jawab Baginda: "Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka.  Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".
Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka.
Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu.  Sabda Baginda:
Maksudnya: "Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".
Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.
Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:
Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il.  Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah).  Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).
Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?".  Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)".
Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah".
"Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.
Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.
Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini
 Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij.  Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.
Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama.  Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh.  Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar.  Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan.
Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat.  Yang tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat.  Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din.
Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) ". Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.
Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka).  Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah?  Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku".  Hadith gharib.
Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu" Hadith hasan sahih.
Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.
Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:
Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi.  Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan).  Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan.  Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu.  Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".
Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran.  Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-Rashidin.  Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam).  Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar.  Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa' sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W.
Maksudnya: "Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku.  Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?.  Mereka yang menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18
Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya:
Maksudnya: "Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya.  Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya.  Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah).  Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu.  Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi.  Sesungguhnya seseorang Mu'min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu'min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara'di mana ia dibawa".
Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya.  Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara'.
Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini.
Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang mu'tabar.  Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara.  Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara.  Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut "golongan" itu ialah antaranya "firqah" jamak "firaq", "millah", tapi tidak disebut jamaknya;
 

yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya.  Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya.  Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,
atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya.  Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

 

Bab II  Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu.  Antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W. (iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan.  Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana Sayyiduna 'Isa A.S. bersetuju Baginda memang wafat bila Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yang bermaksud:
"Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati',.22
+

Beliau juga berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati".  Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang bermabsud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat".,,3 Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah.  Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, "Imam-imam hendaklah dari kalangan orang-orang Quraish". Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan Muslimin.
Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud: "Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi.  Lepas itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam.  Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand.  Kemudian Musliniin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta alAswad bin Zaid'ansi.  Lepas itu mereka sibuk dengan membunuh mereka yang lain yang murtad keluar daripada agama Islam.  Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka.  Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.
Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka.  Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in.
Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.
 Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh mengatakan ianya kekal sampai hari ini.
Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham.  Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu semua, seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.
Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi.  Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah pula dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua meninggalkanjamaah di Masjid Basrah.  Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu'min dan juga tidak kafir.27
Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi.  Mereka itu dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya.  Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan.  Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan Ghulat(pelampau). Golongan  Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan mengkafirkan yang lainnya.  Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam.  Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan.  Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.
Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi.  Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.
Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah.  Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.
Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja.  Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu.  Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain.
Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang
'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum.  Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu.  Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.
Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah.  Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah.  Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam).  Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.
Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya.  Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i.  Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.29
Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya.  Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam.  Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, 'uga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan.  Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi.  Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.
Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah.  Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.
Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja.  Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu.  Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain.
Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah, 'Animariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang
'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum.  Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu.  Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.
Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdiyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimlyah, Shu'aibiyah, Ma'lun-iiyah, Majhuliyah,Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah.  Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah, Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah.  Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam).  Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.
Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang men-iisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya.  Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalbiyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i.  Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himarlyah.29
Golongan Murji'ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang murji'ah beriman dan berpegang kepada Qadar mengikut Mazhab Qadar'yah, maka dengan itu mereka terbilang di kalangad golongan Qadariyab; keduanya Murji'ah seperti Abu Shimr al-Murji'i dan Muhammad Shabib al-Basri al~Khalidi.  Satu golongan lagi ialah mereka yang beraliran Murj "ah, beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyah dan Murji'ah.  Satu golongan lagi ialah golongan Murjl'ah 'dak cenderung kepada aliran yang lain.  Mereka 'alah golongan-

yang ti
golongan Yunsiyah, Ghassaniyah, Thaubianiyah, Tuminiyah dan Muralsiyah.  Adapun golongan Najjariyah pada zaman Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri daripada sepuluh golongan leblh;mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu Burghuniyah, Za'faraniyah dan Mustadrikah.  Adapun golongan Bakriyah dan Dirariyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yang tidak mempunyai pengikut yang ramai, demikianjuga golongan Jahmiyah satu golongan tersendiri, dan golongan Karramiyah berada di Khurasan, terdiri daripada tiga golongan iaitu Haqqaqiyah, Tarayiqiyah dan Ishaqiyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak mengkafirkan yang lainnya.
Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi rahirnahu'Llahu Ta'ala menyatakan30 bahawa itulah firqah-firqah yang disenaraikannya yang terdiri daripada tujuh puluh dua firqah, dua puluh daripadanya dari kalangan Rawafid, dua puluh dari kalangan Khawarij, dua puluh lagi dari kalangan Qadariyah, sepuluh dari kalangan Murji'ah dan tiga dari kalangan Najjariyah, Bakriyah, Dirariyah, Jahmiyah dan Karramiyah.  Inilah yang dikatakan tujuh puluh dua firqah itu.
Lepas itu beliau menyebutkan golongan yang ketujuh puluh tiga katanya itulah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang terdiri daiipada dua golongan besar di kalangan mereka iaitu golongan yang banyak berpegang kepada pendapat (al-ra'y) (selain daripada mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah), dan mereka yang berpegang kepada Hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith daripada menggunakan fikiran di dalam memutuskan sesuatu).
Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha' mereka itu, juga golongan qurra'nya, ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahliabli hadith dari kalangan mereka berinuafakat di atas pegangan yang satu
 tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatnya, keadilannya, hikmatnya, nama-namanya, dan sifat-sifatnya, juga mereka bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yang terdiri daripada masalah-masalah usulu'd-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama.  Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram daripada perkara-perkara furu' atau cawangan dalam hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yang mereka ikhtilafkan itu yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan.  Mereka itulah yang merupakan firqah yang selamat (al-firqah al-najiyah) yang bersepakat dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yang menjadikan QidamNya dan Qidam sifat-sifatnya yang Azaliyah dan harus memandangnya dengan tidak ada tashbih dan ta'til;juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab Allah,para RasuINya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan dengan Shari'at Islamiyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Qur'an serta pula dengan kawalan-kawalan daripada apa yang sah datangnya daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., mereka juga bersepakat dalam beriman kepada kebangkitan dan perhimpunan hari akhirat, soalan Munkar dan Nakir, tentang Kolam Nabi S.A.W., tentang Neraca Timbangan Amal.  Maka sesiapa yang beriman dengan ini semua dan tidak mencampurkannya dengan sesuatu daripada bid'ah-bid'ah Khawarij, Rawafid dan Qadariyah serta lain-lain dari kalangan mereka yang mengikuti hawa nafsu mereka sendiri maka tergolonglah ia ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdimya habis umumya dalam keadaan demikian itu.
Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan Daud Zahiri.
Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.
Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman.  Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.
Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu.  Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau.  Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafin Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.
Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja.  Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.
Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga.  Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.
Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifatsifat.  Mereka berpecah kepada tiga aliran.
Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali.  Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.
Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya.  Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.  Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.
Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah.
Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu.  Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.
Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah.  Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i.  Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah.  Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.
Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.
Dalam masa-masa kemudian para ulama'yang mendokong faham al-Asy'ari ini ialah antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tljanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.33
Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.  Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari.  Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari.  Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.34
 

  Bab III
Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah itu?  Antara mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli's-Sunnah itu ialah sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'lFiraq nya.'-3 Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.
Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini.  Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.
Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.  Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah.  Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kkepada ahlinya.  Na,udhi billahi min dhalik.  Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthinan dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma'at di belakang para imam Jumu'at bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu.  Mereka ini juga berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah. 
Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid'ah-bid'ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat.
Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.
Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij.  Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid'ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi.
Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.
Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka mengambil i'tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah.  Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan.  Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat.  Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria' dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa.  Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah.  Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur'an.

Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.

Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah.  Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar-syi'ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu.  Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri'tikad tentang benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram.  Mereka tidak beri'tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu.  Inilah golongan-golongan yang berada dalam  kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama ah.  Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim.  Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat.  Allahumma amin.

Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian 'Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi).  Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan 'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks bagi kita memahami persoalan ini.  Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama perbincangan ini.
Dalam membela kebenaran Ahli's-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa:
"Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat radiya'Llahu 'anhum melainkan golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah dari kalangan para fuqaha' ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah".
Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya.  Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah.39
Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu.  Katanya bahawa para Ahli's-Sunnah berijma' tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama' dan mereka mengatakan tentang peri sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya.  Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri.  Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta'iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat.  Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i'tikad-i'tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi menafikan.  Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara dharuri.
Bagi Ahli's-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga jenis ilmu.
 Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan.  Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya.  Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil.  Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti.  Kalau lanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama.
Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir dengan ia mengingkari qiyas secara syar'i itu.  Golongan Ahli's-Sunnah menerima pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan pancaindera adalah diterima.
Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satujalan ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia dengar berita mutawatir tentangnya.  Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang adanya para anbiya' dan raja-raja sebelum zaman kita.  Adapun tentang benamya pengakuan para anbiya'tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.
Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya.  Khabar mutawatir yang mustahil lanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta generasi-generasi sebelum kita.  Dengan itulah seseorang mengetahui kedua ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan.
Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam kesaksian.  Dan dengan khabarjenis inilah maka para fuqaha'menthabitkan kebanyakan daripada furu'hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu'amalat, dan lain-lain bab haial haram.  Dan golongan Ahli'sSunnah menganggapkan sesat mereka yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij dan lain-lain golongan sesat.
Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti 'dak muktasab.  Dan khabar jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula.  Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-khabar tentang para anbiya'.  Tertnasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka.  Bila seseorang di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar.  Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu'jizat-mu'jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya.  Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma' bahawa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa'at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir.
Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab zakat, had bagi yang n-dnum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma'kan oleh fuqaha'.  Maka golongan Ahli's-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak
 memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu mereka.  Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.
Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.
Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.
Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu golongan daripada Rafidah.  Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya.  Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya.
Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf.  Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.
 

mengikut hawa nafsu mereka.  Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rej am, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.
Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencun' sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.
Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.
Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu golongan daripada Rafidah.  Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya.  Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya.
Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf.  Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujjah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.
(jolongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith kerana pada pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir.
Merekaj'uga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma' dan hujjah daripada riwayat mutawatir.  Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma' dalam kesesatan (ijtima'al-ummah 'ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong.  Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli's-Sunnah dalam hubungan dengan rukun yang pertama.40 -
Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii's-Sunnah tentang barunya alam ini.  Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah.  Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.
Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan 'arad (pl.  Jawahir dan a'arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a'arad.
Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi.  Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud:
"Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu." (Surah al-Jin;28)
Golongan Ahli's-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.
Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli falsafah dan Mu'tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa ni'mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.
Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya.  Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad.  Mereka menganggap kafir Mu'ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada 'arad-'arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.
Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh'Arsy, dan'golongan Syihamiyah dan Karramiyah.  Ahli's-Sunnah juga berijma' menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan.
Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu.  Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya.
Ahli's-Sunnah juga berijma'Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi).  Pegangan tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada'Ali yang merupakan Khaliq yang kedua.
Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi.  Golongan Mu'tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta'ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.
Ahli's-Sunnah berijma'bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang ditakdirkannya itu.  Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu'tazilah dalam hubungan dengan hal ini.
Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Ilmu Allah adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu.  Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama', Basar.
Golongan Ahli'-Sunnah berijma' bahawa Sifat Sama' dan Basar Tuhan meliputi segala yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya dan Mendengar bagi Kalam DiriNya.  Ini diikuti dengan khilaf Mu'tazilah.
Golongan Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman di Akhirat.  Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.
Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Iradat Allah adalah Masyi'ah atau KehendakNya; dan mereka ijma'kan bahawa KehendakNya lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya.  Ini disusuli dengan golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan.
 Dasar yang kelima tentang nama-nama  Allah yang diambil daripada Qur'an dan Sunnah yang sahih.
Dasar keenam tentang keadilan Allah.  Dinyatakan pendirian Ahli's-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.
Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya'disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.
Dasar kelapan berkenaan dengan mu'jizat dan karamat; mu'jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya' diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.
Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji.  Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya.
Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib, mahzur, masnun, makruh, mubah.  Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya.
Dasar kesebelas tentang fana'nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa'ah.
Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah.  Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu.  'Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa' al-Rashidin mengi 'kut tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.
Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma'rlfat.  Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.
Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya', imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah.  Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya.
Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.



PENUTUP Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah perkembangannya.  Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan Ahli's-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam lagi.  Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu.  Dalam konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.
Wallahu a'lam.  Wasalla'Llahu 'ala Sayyidina Miihammadin wa 'ala alihi wa sahbihi wasallam, wal-hamduli'Llahi Rabbil-'alamin.

Sunday, December 27, 2009


Photo MQTK QuranSunnahIslam di Seminar Pemantapan Akidah dan Isu-Isu Semasa bersama YM Raja Ahmad bin Raja Sulaiman dan UMNO dun Bachok 27 Dis 2009M (Dewan Pusat KoKurikulum Kelantan, Jabatan Pelajaran Negeri Tanggok, Bachok. Anjuran UMNO dun Jelawat)

Sunday, December 6, 2009

Kitab Muhimmah

Kitab Muhimmah 

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.

Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah
- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah
Mengandungi 50 Pengajaran

Harga = RM15.00
Mukasurat = 263
Penulis = Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh
Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Noraine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Pemuda Bani Tamim

Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi -Pentingnya Peranan Pemuda Bani Tamim

Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan
(Pentingnya Peranan Pemuda Bani Tamim)







"Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. dia berkata, ketika kami berada ‘di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dan kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Beliau menjawab, “Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih utama dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyinggkiran sepeninggalku kelak sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya, hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dan kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan. Sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. (riwayat Abu Daud, Al Hakim At Tarmidzi, Ibnu Majjah, lbnu Hibban, Abu Nu’aim, lbnu ‘Asakir, Ibnu‘Adli, Adh Dhahabi, Abu Asy Syeikh)



“Dan Ibnu Umar r.a. bahwa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda: “Akan keluar dan sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imam Mahdi) . Maka apabila kamu menyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.”(Riwayat At Thabrani)

Berdasarkan hadits di atas jelaslah bahwa kebangkitan Islam di akhir zaman terjadi di tangan seorang pemuda dan Bani Tamim. Bani Tamim adalah salah satu cabang dan kabilah Quraisy. Yakni pemuda yang dikatakan akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain perjuangan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.Pemuda Bani Tamim ibarat switch, sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila switch tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan ‘zahir’ bila Pemuda Bani Tamim belum membuat tapaknya.

Pemuda Bani Tamim merintis jalan kemudian disambung oleh Imam Mahdi yang akan menegakkan Ummah. Perjuangan dua orang pemimpin ini seperti perjuangan Nabi Harun as. dan Nabi Musa as, yakni berjuang bersama dalam satu zaman dengan mind dan metode yang sama. Kalau diibaratkan orang yang sedang membangun rumah, maka Pemuda Bani Tamim adalah orang yang membangunkan pondasi rumah itu. Untuk membangun rumah yang kokoh tentulah pondasinya harus kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu, jendela, lantai dan sebagainya. Sedangkan Nabi Isa berperan untuk menyempumakan rumah itu, mengisi dengan perabot, menata, serta menghiasinya dengan seindah mungkin. Demikianlah gambaran peranan tiga orang pemimpin besar kurun ini.
Mengingat pentingnya peranan Pemuda Bani Tamim sudah sepatutnya umat Islam berusaha mencarinya agar dapat dalam kebenaran serta ikut berperan dalam perjuangannya. Bersamanya kita akan mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Tetapi tidak tertutup peluang bagi setiap pemimpin yang memiliki cita-cita Islam yang tinggi atau pun bagi para ulama yang merasa dirinya mampu, yang dapat berusaha menjadikan dirinya Pemuda Bani Tamim, siapa tahu dia adalah Pemuda yang disabdakan. Seperti halnya para sahabat berlomba-lomba untuk membuktikan sabda Rasulullah SAW bahawa konstantinopel akan jatuh ditangan pemimpin yang baik, dengan harapan di tangan merekalah terjadinya janji itu.
Oleh kerana itu, siapa pun dipersilakan untuk merebut peluang ini. Tidak salah dan tidak keterlaluan bila seseorang berlomba-lomba membuktikan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim selagi tanda-tanda besarnya belum terjadi. Bahkan sepatutnya begitu supaya kita sensitif dan serius terhadap setiap janji-janji Allah.
Namun sekiranya kita mampu untuk mencapai cita-cita yang amat tinggi itu kita mesti melihat dan mencari kalau ada orang lain yang mampu dan memang sedang bersungguh-sunguh merintis jalan. Bila ternyata ada seseorang pemimpin dan jemaahnya yang telah mampu membuat model masyarakat Islam, maka bergabunglah dengan perjuangannya dan jangan tunda-tunda lagi.

Friday, December 4, 2009

Kisah Ashabul Kahfi

KISAH ASHABUL KAHFI GUA PEMUDA KAHFI 





Artikel - Kisah Ashabul Kahfi - Bukti ketinggian ilmu Imam Ali bin Abi Thalib r.a

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, yaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan nabi Musa as dan nabi Khidzir as serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surat dimana terdapat tiga kisah tersebut. Hal ini tentu bukan kebetulan semata, tapi karena kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah dalam al-Quran lainnya, bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah) didalamnya.
Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim. Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-'Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).
Berikut adalah kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua) yang ditafsir secara jelas jalan ceritanya.....
Penulis kitab Fadha'ilul Khamsah Minas Shihahis Sittah (jilid II, halaman 291-300), mengetengahkan suatu riwayat yang dikutip dari kitab Qishashul Anbiya. Riwayat tersebut berkaitan dengan tafsir ayat 10 Surah Al-Kahfi:
إِذْ أَوَى الفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo'a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" (QS al-Kahfi:10)
Dengan panjang lebar kitab Qishashul Anbiya mulai dari halaman 566 meriwayatkan sebagai berikut:
Di kala Umar Ibnul Khattab memangku jabatan sebagai Amirul Mukminin, pernah datang kepadanya beberapa orang pendeta Yahudi. Mereka berkata kepada Khalifah: "Hai Khalifah Umar, anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada anda. Jika anda dapat memberi jawaban kepada kami, barulah kami mau mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawaban, berarti bahwa agama Islam itu bathil dan Muhammad bukan seorang Nabi."
"Silahkan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan," sahut Khalifah Umar.
"Jelaskan kepada kami tentang induk kunci (gembok) mengancing langit, apakah itu?" Tanya pendeta-pendeta itu, memulai pertanyaan-pertanyaannya. "Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Tunjukkan kepada kami tentang suatu makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukan jin! Terangkan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang dapat berjalan di permukaan bumi, tetapi makhluk-makhluk itu tidak dilahirkan dari kandungan ibu atau atau induknya! Beritahukan kepada kami apa yang dikatakan oleh burung puyuh (gemak) di saat ia sedang berkicau! Apakah yang dikatakan oleh ayam jantan di kala ia sedang berkokok! Apakah yang dikatakan oleh kuda di saat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh katak di waktu ia sedang bersuara? Apakah yang dikatakan oleh keledai di saat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh burung pipit pada waktu ia sedang berkicau?"
Khalifah Umar menundukkan kepala untuk berfikir sejenak, kemudian berkata: "Bagi Umar, jika ia menjawab 'tidak tahu' atas pertanyaan-pertanyaan yang memang tidak diketahui jawabannya, itu bukan suatu hal yang memalukan!''
Mendengar jawaban Khalifah Umar seperti itu, pendeta-pendeta Yahudi yang bertanya berdiri melonjak-lonjak kegirangan, sambil berkata: "Sekarang kami bersaksi bahwa Muhammad memang bukan seorang Nabi, dan agama Islam itu adalah bathil!"
Salman Al-Farisi yang saat itu hadir, segera bangkit dan berkata kepada pendeta-pendeta Yahudi itu: "Kalian tunggu sebentar!"
Ia cepat-cepat pergi ke rumah Ali bin Abi Thalib. Setelah bertemu, Salman berkata: "Ya Abal Hasan, selamatkanlah agama Islam!"
Imam Ali r.a. bingung, lalu bertanya: "Mengapa?"
Salman kemudian menceritakan apa yang sedang dihadapi oleh Khalifah Umar Ibnul Khattab. Imam Ali segera saja berangkat menuju ke rumah Khalifah Umar, berjalan lenggang memakai burdah (selembar kain penutup punggung atau leher) peninggalan Rasul Allah s.a.w. Ketika Umar melihat Ali bin Abi Thalib datang, ia bangun dari tempat duduk lalu buru-buru memeluknya, sambil berkata: "Ya Abal Hasan, tiap ada kesulitan besar, engkau selalu kupanggil!"
Setelah berhadap-hadapan dengan para pendeta yang sedang menunggu-nunggu jawaban itu, Ali bin Abi Thalib herkata: "Silakan kalian bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan. Rasul Allah s.a.w. sudah mengajarku seribu macam ilmu, dan tiap jenis dari ilmu-ilmu itu mempunyai seribu macam cabang ilmu!"
Pendeta-pendeta Yahudi itu lalu mengulangi pertanyaan-pertanyaan mereka. Sebelum menjawab, Ali bin Abi Thalib berkata: "Aku ingin mengajukan suatu syarat kepada kalian, yaitu jika ternyata aku nanti sudah menjawab pertanyaan-pertanyaan kalian sesuai dengan yang ada di dalam Taurat, kalian supaya bersedia memeluk agama kami dan beriman!"
"Ya baik!" jawab mereka.
"Sekarang tanyakanlah satu demi satu," kata Ali bin Abi Thalib.
Mereka mulai bertanya: "Apakah induk kunci (gembok) yang mengancing pintu-pintu langit?"
"Induk kunci itu," jawab Ali bin Abi Thalib, "ialah syirik kepada Allah. Sebab semua hamba Allah, baik pria maupun wanita, jika ia bersyirik kepada Allah, amalnya tidak akan dapat naik sampai ke hadhirat Allah!"
Para pendeta Yahudi bertanya lagi: "Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu-pintu langit?"
Ali bin Abi Thalib menjawab: "Anak kunci itu ialah kesaksian (syahadat) bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah!"
Para pendeta Yahudi itu saling pandang di antara mereka, sambil berkata: "Orang itu benar juga!" Mereka bertanya lebih lanjut: "Terangkanlah kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang dapat berjalan bersama penghuninya!"
"Kuburan itu ialah ikan hiu (hut) yang menelan Nabi Yunus putera Matta," jawab Ali bin Abi Thalib. "Nabi Yunus as. dibawa keliling ketujuh samudera!"
Pendeta-pendeta itu meneruskan pertanyaannya lagi: "Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi makhluk itu bukan manusia dan bukan jin!"
Ali bin Abi Thalib menjawab: "Makhluk itu ialah semut Nabi Sulaiman putera Nabi Dawud alaihimas salam. Semut itu berkata kepada kaumnya: "Hai para semut, masuklah ke dalam tempat kediaman kalian, agar tidak diinjak-injak oleh Sulaiman dan pasukan-nya dalam keadaan mereka tidak sadar!"
Para pendeta Yahudi itu meneruskan pertanyaannya: "Beritahukan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang berjalan di atas permukaan bumi, tetapi tidak satu pun di antara makhluk-makhluk itu yang dilahirkan dari kandungan ibunya atau induknya!"
Ali bin Abi Thalib menjawab: "Lima makhluk itu ialah, pertama, Adam. Kedua, Hawa. Ketiga, Unta Nabi Shaleh. Keempat, Domba Nabi Ibrahim. Kelima, Tongkat Nabi Musa (yang menjelma menjadi seekor ular)."
Dua di antara tiga orang pendeta Yahudi itu setelah mendengar jawaban-jawaban serta penjelasan yang diberikan oleh Imam Ali r.a. lalu mengatakan: "Kami bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah!"
Tetapi seorang pendeta lainnya, bangun berdiri sambil berkata kepada Ali bin Abi Thalib: "Hai Ali, hati teman-temanku sudah dihinggapi oleh sesuatu yang sama seperti iman dan keyakinan mengenai benarnya agama Islam. Sekarang masih ada satu hal lagi yang ingin kutanyakan kepada anda."
"Tanyakanlah apa saja yang kau inginkan," sahut Imam Ali.
"Coba terangkan kepadaku tentang sejumlah orang yang pada zaman dahulu sudah mati selama 309 tahun, kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Bagaimana hikayat tentang mereka itu?" Tanya pendeta tadi.
Ali bin Ali Thalib menjawab: "Hai pendeta Yahudi, mereka itu ialah para penghuni gua. Hikayat tentang mereka itu sudah dikisahkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya. Jika engkau mau, akan kubacakan kisah mereka itu."
Pendeta Yahudi itu menyahut: "Aku sudah banyak mendengar tentang Qur'an kalian itu! Jika engkau memang benar-benar tahu, coba sebutkan nama-nama mereka, nama ayah-ayah mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, nama anjing mereka, nama gunung serta gua mereka, dan semua kisah mereka dari awal sampai akhir!"
Ali bin Abi Thalib kemudian membetulkan duduknya, menekuk lutut ke depan perut, lalu ditopangnya dengan burdah yang diikatkan ke pinggang. Lalu ia berkata: "Hai saudara Yahudi, Muhammad Rasul Allah s.a.w. kekasihku telah menceritakan kepadaku, bahwa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus, atau disebut juga dengan nama Tharsus. Tetapi nama kota itu pada zaman dahulu ialah Aphesus (Ephese). Baru setelah Islam datang, kota itu berubah nama menjadi Tharsus (Tarse, sekarang terletak di dalam wilayah Turki). Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meninggal dunia, berita kematiannya didengar oleh seorang raja Persia bernama Diqyanius. Ia seorang raja kafir yang amat congkak dan dzalim. Ia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya, dan akhirnya berhasil menguasai kota Aphesus. Olehnya kota itu dijadikan ibukota kerajaan, lalu dibangunlah sebuah Istana."
Baru sampai di situ, pendeta Yahudi yang bertanya itu berdiri, terus bertanya: "Jika engkau benar-benar tahu, coba terangkan kepadaku bentuk Istana itu, bagaimana serambi dan ruangan-ruangannya!"
Ali bin Abi Thalib menerangkan: "Hai saudara Yahudi, raja itu membangun istana yang sangat megah, terbuat dari batu marmar. Panjangnya satu farsakh (= kl 8 km) dan lebarnya pun satu farsakh. Pilar-pilarnya yang berjumlah seribu buah, semuanya terbuat dari emas, dan lampu-lampu yang berjumlah seribu buah, juga semuanya terbuat dari emas. Lampu-lampu itu bergelantungan pada rantai-rantai yang terbuat dari perak. Tiap malam apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya. Di sebelah timur serambi dibuat lubang-lubang cahaya sebanyak seratus buah, demikian pula di sebelah baratnya. Sehingga matahari sejak mulai terbit sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi. Raja itu pun membuat sebuah singgasana dari emas. Panjangnya 80 hasta dan lebarnya 40 hasta. Di sebelah kanannya tersedia 80 buah kursi, semuanya terbuat dari emas. Di situlah para hulubalang kerajaan duduk. Di sebelah kirinya juga disediakan 80 buah kursi terbuat dari emas, untuk duduk para pepatih dan penguasa-penguasa tinggi lainnya. Raja duduk di atas singgasana dengan mengenakan mahkota di atas kepala."
Sampai di situ pendeta yang bersangkutan berdiri lagi sambil berkata: "Jika engkau benar-benar tahu, coba terangkan kepadaku dari apakah mahkota itu dibuat?"
"Hai saudara Yahudi," kata Imam Ali menerangkan, "mahkota raja itu terbuat dari kepingan-kepingan emas, berkaki 9 buah, dan tiap kakinya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang-bintang menerangi kegelapan malam. Raja itu juga mempunyai 50 orang pelayan, terdiri dari anak-anak para hulubalang. Semuanya memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Celana mereka juga terbuat dari sutera berwarna hijau. Semuanya dihias dengan gelang-gelang kaki yang sangat indah. Masing-masing diberi tongkat terbuat dari emas. Mereka harus berdiri di belakang raja. Selain mereka, raja juga mengangkat 6 orang, terdiri dari anak-anak para cendekiawan, untuk dijadikan menteri-menteri atau pembantu-pembantunya. Raja tidak mengambil suatu keputusan apa pun tanpa berunding lebih dulu dengan mereka. Enam orang pembantu itu selalu berada di kanan kiri raja, tiga orang berdiri di sebelah kanan dan yang tiga orang lainnya berdiri di sebelah kiri."
Pendeta yang bertanya itu berdiri lagi. Lalu berkata: "Hai Ali, jika yang kau katakan itu benar, coba sebutkan nama enam orang yang menjadi pembantu-pembantu raja itu!"
Menanggapi hal itu, Imam Ali r.a. menjawab: "Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa tiga orang yang berdiri di sebelah kanan raja, masing-masing bernama Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina. Adapun tiga orang pembantu yang berdiri di sebelah kiri, masing-masing bernama Martelius, Casitius dan Sidemius. Raja selalu berunding dengan mereka mengenai segala urusan.
Tiap hari setelah raja duduk dalam serambi istana dikerumuni oleh semua hulubalang dan para punggawa, masuklah tiga orang pelayan menghadap raja. Seorang diantaranya membawa piala emas penuh berisi wewangian murni. Seorang lagi membawa piala perak penuh berisi air sari bunga. Sedang yang seorangnya lagi membawa seekor burung. Orang yang membawa burung ini kemudian mengeluarkan suara isyarat, lalu burung itu terbang di atas piala yang berisi air sari bunga. Burung itu berkecimpung di dalamnya dan setelah itu ia mengibas-ngibaskan sayap serta bulunya, sampai sari-bunga itu habis dipercikkan ke semua tempat sekitarnya.
Kemudian si pembawa burung tadi mengeluarkan suara isyarat lagi. Burung itu terbang pula. Lalu hinggap di atas piala yang berisi wewangian murni. Sambil berkecimpung di dalamnya, burung itu mengibas-ngibaskan sayap dan bulunya, sampai wewangian murni yang ada dalam piala itu habis dipercikkan ke tempat sekitarnya. Pembawa burung itu memberi isyarat suara lagi. Burung itu lalu terbang dan hinggap di atas mahkota raja, sambil membentangkan kedua sayap yang harum semerbak di atas kepala raja.
Demikianlah raja itu berada di atas singgasana kekuasaan selama tiga puluh tahun. Selama itu ia tidak pernah diserang penyakit apa pun, tidak pernah merasa pusing kepala, sakit perut, demam, berliur, berludah atau pun beringus. Setelah sang raja merasa diri sedemikian kuat dan sehat, ia mulai congkak, durhaka dan dzalim. Ia mengaku-aku diri sebagai "tuhan" dan tidak mau lagi mengakui adanya Allah s.w.t.
Raja itu kemudian memanggil orang-orang terkemuka dari rakyatnya. Barang siapa yang taat dan patuh kepadanya, diberi pakaian dan berbagai macam hadiah lainnya. Tetapi barang siapa yang tidak mau taat atau tidak bersedia mengikuti kemauannya, ia akan segera dibunuh. Oleh sebab itu semua orang terpaksa mengiakan kemauannya. Dalam masa yang cukup lama, semua orang patuh kepada raja itu, sampai ia disembah dan dipuja. Mereka tidak lagi memuja dan menyembah Allah s.w.t.
Pada suatu hari perayaan ulang-tahunnya, raja sedang duduk di atas singgasana mengenakan mahkota di atas kepala, tiba-tiba masuklah seorang hulubalang memberi tahu, bahwa ada balatentara asing masuk menyerbu ke dalam wilayah kerajaannya, dengan maksud hendak melancarkan peperangan terhadap raja. Demikian sedih dan bingungnya raja itu, sampai tanpa disadari mahkota yang sedang dipakainya jatuh dari kepala. Kemudian raja itu sendiri jatuh terpelanting dari atas singgasana. Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan --seorang cerdas yang bernama Tamlikha-- memperhatikan keadaan sang raja dengan sepenuh fikiran. Ia berfikir, lalu berkata di dalam hati: "Kalau Diqyanius itu benar-benar tuhan sebagaimana menurut pengakuannya, tentu ia tidak akan sedih, tidak tidur, tidak buang air kecil atau pun air besar. Itu semua bukanlah sifat-sifat Tuhan."
Enam orang pembantu raja itu tiap hari selalu mengadakan pertemuan di tempat salah seorang dari mereka secara bergiliran. Pada satu hari tibalah giliran Tamlikha menerima kunjungan lima orang temannya. Mereka berkumpul di rumah Tamlikha untuk makan dan minum, tetapi Tamlikha sendiri tidak ikut makan dan minum. Teman-temannya bertanya: "Hai Tamlikha, mengapa engkau tidak mau makan dan tidak mau minum?"
"Teman-teman," sahut Tamlikha, "hatiku sedang dirisaukan oleh sesuatu yang membuatku tidak ingin makan dan tidak ingin minum, juga tidak ingin tidur."
Teman-temannya mengejar: "Apakah yang merisaukan hatimu, hai Tamlikha?"
"Sudah lama aku memikirkan soal langit," ujar Tamlikha menjelaskan. "Aku lalu bertanya pada diriku sendiri: 'siapakah yang mengangkatnya ke atas sebagai atap yang senantiasa aman dan terpelihara, tanpa gantungan dari atas dan tanpa tiang yang menopangnya dari bawah? Siapakah yang menjalankan matahari dan bulan di langit itu? Siapakah yang menghias langit itu dengan bintang-bintang bertaburan?' Kemudian kupikirkan juga bumi ini: 'Siapakah yang membentang dan menghamparkan-nya di cakrawala? Siapakah yang menahannya dengan gunung-gunung raksasa agar tidak goyah, tidak goncang dan tidak miring?' Aku juga lama sekali memikirkan diriku sendiri: 'Siapakah yang mengeluarkan aku sebagai bayi dari perut ibuku? Siapakah yang memelihara hidupku dan memberi makan kepadaku? Semuanya itu pasti ada yang membuat, dan sudah tentu bukan Diqyanius'…"
Teman-teman Tamlikha lalu bertekuk lutut di hadapannya. Dua kaki Tamlikha diciumi sambil berkata: "Hai Tamlikha dalam hati kami sekarang terasa sesuatu seperti yang ada di dalam hatimu. Oleh karena itu, baiklah engkau tunjukkan jalan keluar bagi kita semua!"
"Saudara-saudara," jawab Tamlikha, "baik aku maupun kalian tidak menemukan akal selain harus lari meninggalkan raja yang dzalim itu, pergi kepada Raja pencipta langit dan bumi!"
"Kami setuju dengan pendapatmu," sahut teman-temannya.
Tamlikha lalu berdiri, terus beranjak pergi untuk menjual buah kurma, dan akhirnya berhasil mendapat uang sebanyak 3 dirham. Uang itu kemudian diselipkan dalam kantong baju. Lalu berangkat berkendaraan kuda bersama-sama dengan lima orang temannya.
Setelah berjalan 3 mil jauhnya dari kota, Tamlikha berkata kepada teman-temannya: "Saudara-saudara, kita sekarang sudah terlepas dari raja dunia dan dari kekuasaannya. Sekarang turunlah kalian dari kuda dan marilah kita berjalan kaki. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan urusan kita serta memberikan jalan keluar."
Mereka turun dari kudanya masing-masing. Lalu berjalan kaki sejauh 7 farsakh, sampai kaki mereka bengkak berdarah karena tidak biasa berjalan kaki sejauh itu.
Tiba-tiba datanglah seorang penggembala menyambut mereka. Kepada penggembala itu mereka bertanya: "Hai penggembala, apakah engkau mempunyai air minum atau susu?"
"Aku mempunyai semua yang kalian inginkan," sahut penggembala itu. "Tetapi kulihat wajah kalian semuanya seperti kaum bangsawan. Aku menduga kalian itu pasti melarikan diri. Coba beritahukan kepadaku bagaimana cerita perjalanan kalian itu!"
"Ah…, susahnya orang ini," jawab mereka. "Kami sudah memeluk suatu agama, kami tidak boleh berdusta. Apakah kami akan selamat jika kami mengatakan yang sebenarnya?"
"Ya," jawab penggembala itu.
Tamlikha dan teman-temannya lalu menceritakan semua yang terjadi pada diri mereka. Mendengar cerita mereka, penggembala itu segera bertekuk lutut di depan mereka, dan sambil menciumi kaki mereka, ia berkata: "Dalam hatiku sekarang terasa sesuatu seperti yang ada dalam hati kalian. Kalian berhenti sajalah dahulu di sini. Aku hendak mengembalikan kambing-kambing itu kepada pemiliknya. Nanti aku akan segera kembali lagi kepada kalian."
Tamlikha bersama teman-temannya berhenti. Penggembala itu segera pergi untuk mengembalikan kambing-kambing gembalaannya. Tak lama kemudian ia datang lagi berjalan kaki, diikuti oleh seekor anjing miliknya."
Waktu cerita Imam Ali sampai di situ, pendeta Yahudi yang bertanya melonjak berdiri lagi sambil berkata: "Hai Ali, jika engkau benar-benar tahu, coba sebutkan apakah warna anjing itu dan siapakah namanya?"
"Hai saudara Yahudi," kata Ali bin Abi Thalib memberitahukan, "kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa anjing itu berwarna kehitam-hitaman dan bernama Qithmir. Ketika enam orang pelarian itu melihat seekor anjing, masing-masing saling berkata kepada temannya: kita khawatir kalau-kalau anjing itu nantinya akan membongkar rahasia kita! Mereka minta kepada penggembala supaya anjing itu dihalau saja dengan batu.
Anjing itu melihat kepada Tamlikha dan teman-temannya, lalu duduk di atas dua kaki belakang, menggeliat, dan mengucapkan kata-kata dengan lancar dan jelas sekali: "Hai orang-orang, mengapa kalian hendak mengusirku, padahal aku ini bersaksi tiada tuhan selain Allah, tak ada sekutu apa pun bagi-Nya. Biarlah aku menjaga kalian dari musuh, dan dengan berbuat demikian aku mendekatkan diriku kepada Allah s.w.t."
Anjing itu akhirnya dibiarkan saja. Mereka lalu pergi. Penggembala tadi mengajak mereka naik ke sebuah bukit. Lalu bersama mereka mendekati sebuah gua."
Pendeta Yahudi yang menanyakan kisah itu, bangun lagi dari tempat duduknya sambil berkata: "Apakah nama gunung itu dan apakah nama gua itu?!"
Imam Ali menjelaskan: "Gunung itu bernama Naglus dan nama gua itu ialah Washid, atau di sebut juga dengan nama Kheram!"
Ali bin Abi Thalib meneruskan ceritanya: secara tiba-tiba di depan gua itu tumbuh pepohonan berbuah dan memancur mata-air deras sekali. Mereka makan buah-buahan dan minum air yang tersedia di tempat itu. Setelah tiba waktu malam, mereka masuk berlindung di dalam gua. Sedang anjing yang sejak tadi mengikuti mereka, berjaga-jaga ndeprok sambil menjulurkan dua kaki depan untuk menghalang-halangi pintu gua. Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat maut supaya mencabut nyawa mereka. Kepada masing-masing orang dari mereka Allah s.w.t. mewakilkan dua Malaikat untuk membalik-balik tubuh mereka dari kanan ke kiri. Allah lalu memerintahkan matahari supaya pada saat terbit condong memancarkan sinarnya ke dalam gua dari arah kanan, dan pada saat hampir terbenam supaya sinarnya mulai meninggalkan mereka dari arah kiri.
Suatu ketika waktu raja Diqyanius baru saja selesai berpesta ia bertanya tentang enam orang pembantunya. Ia mendapat jawaban, bahwa mereka itu melarikan diri. Raja Diqyanius sangat gusar. Bersama 80.000 pasukan berkuda ia cepat-cepat berangkat menyelusuri jejak enam orang pembantu yang melarikan diri. Ia naik ke atas bukit, kemudian mendekati gua. Ia melihat enam orang pembantunya yang melarikan diri itu sedang tidur berbaring di dalam gua. Ia tidak ragu-ragu dan memastikan bahwa enam orang itu benar-benar sedang tidur.
Kepada para pengikutnya ia berkata: "Kalau aku hendak menghukum mereka, tidak akan kujatuhkan hukuman yang lebih berat dari perbuatan mereka yang telah menyiksa diri mereka sendiri di dalam gua. Panggillah tukang-tukang batu supaya mereka segera datang ke mari!"
Setelah tukang-tukang batu itu tiba, mereka diperintahkan menutup rapat pintu gua dengan batu-batu dan jish (bahan semacam semen). Selesai dikerjakan, raja berkata kepada para pengikutnya: "Katakanlah kepada mereka yang ada di dalam gua, kalau benar-benar mereka itu tidak berdusta supaya minta tolong kepada Tuhan mereka yang ada di langit, agar mereka dikeluarkan dari tempat itu."
Dalam guha tertutup rapat itu, mereka tinggal selama 309 tahun.
Setelah masa yang amat panjang itu lampau, Allah s.w.t. mengembalikan lagi nyawa mereka. Pada saat matahari sudah mulai memancarkan sinar, mereka merasa seakan-akan baru bangun dari tidurnya masing-masing. Yang seorang berkata kepada yang lainnya: "Malam tadi kami lupa beribadah kepada Allah, mari kita pergi ke mata air!"
Setelah mereka berada di luar gua, tiba-tiba mereka lihat mata air itu sudah mengering kembali dan pepohonan yang ada pun sudah menjadi kering semuanya. Allah s.w.t. membuat mereka mulai merasa lapar. Mereka saling bertanya: "Siapakah di antara kita ini yang sanggup dan bersedia berangkat ke kota membawa uang untuk bisa mendapatkan makanan? Tetapi yang akan pergi ke kota nanti supaya hati-hati benar, jangan sampai membeli makanan yang dimasak dengan lemak-babi."
Tamlikha kemudian berkata: "Hai saudara-saudara, aku sajalah yang berangkat untuk mendapatkan makanan. Tetapi, hai penggembala, berikanlah bajumu kepadaku dan ambillah bajuku ini!"
Setelah Tamlikha memakai baju penggembala, ia berangkat menuju ke kota. Sepanjang jalan ia melewati tempat-tempat yang sama sekali belum pernah dikenalnya, melalui jalan-jalan yang belum pernah diketahui. Setibanya dekat pintu gerbang kota, ia melihat bendera hijau berkibar di angkasa bertuliskan: "Tiada Tuhan selain Allah dan Isa adalah Roh Allah."
Tamlikha berhenti sejenak memandang bendera itu sambil mengusap-usap mata, lalu berkata seorang diri: "Kusangka aku ini masih tidur!" Setelah agak lama memandang dan mengamat-amati bendera, ia meneruskan perjalanan memasuki kota. Dilihatnya banyak orang sedang membaca Injil. Ia berpapasan dengan orang-orang yang belum pernah dikenal. Setibanya di sebuah pasar ia bertanya kepada seorang penjaja roti: "Hai tukang roti, apakah nama kota kalian ini?"
"Aphesus," sahut penjual roti itu.
"Siapakah nama raja kalian?" tanya Tamlikha lagi. "Abdurrahman," jawab penjual roti.
"Kalau yang kau katakan itu benar," kata Tamlikha, "urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah uang ini dan berilah makanan kepadaku!"
Melihat uang itu, penjual roti keheran-heranan. Karena uang yang dibawa Tamlikha itu uang zaman lampau, yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: "Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, coba terangkan kepadaku berapa nilai uang lama itu dibanding dengan uang baru!"
Imam Ali menerangkan: "Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa uang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan uang baru, ialah tiap dirham lama sama dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!"
Imam Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: "Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa uang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!"
"Aku tidak menemukan harta karun," sangkal Tamlikha. "Uang ini ku dapat tiga hari yang lalu dari hasil penjualan buah kurma seharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota karena orang-orang semuanya menyembah Diqyanius!"
Penjual roti itu marah. Lalu berkata: "Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa uangmu itu kepadaku? Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?"
Tamlikha lalu ditangkap. Kemudian dibawa pergi menghadap raja. Raja yang baru ini seorang yang dapat berfikir dan bersikap adil. Raja bertanya kepada orang-orang yang membawa Tamlikha: "Bagaimana cerita tentang orang ini?"
"Dia menemukan harta karun," jawab orang-orang yang membawanya.
Kepada Tamlikha, raja berkata: "Engkau tak perlu takut! Nabi Isa a.s. memerintahkan supaya kami hanya memungut seperlima saja dari harta karun itu. Serahkanlah yang seperlima itu kepadaku, dan selanjutnya engkau akan selamat."
Tamlikha menjawab: "Baginda, aku sama sekali tidak menemukan harta karun! Aku adalah penduduk kota ini!"
Raja bertanya sambil keheran-heranan: "Engkau penduduk kota ini?"
"Ya. Benar," sahut Tamlikha.
"Adakah orang yang kau kenal?" tanya raja lagi.
"Ya, ada," jawab Tamlikha.
"Coba sebutkan siapa namanya," perintah raja.
Tamlikha menyebut nama-nama kurang lebih 1000 orang, tetapi tak ada satu nama pun yang dikenal oleh raja atau oleh orang lain yang hadir mendengarkan. Mereka berkata: "Ah…, semua itu bukan nama orang-orang yang hidup di zaman kita sekarang. Tetapi, apakah engkau mempunyai rumah di kota ini?"
"Ya, tuanku," jawab Tamlikha. "Utuslah seorang menyertai aku!"
Raja kemudian memerintahkan beberapa orang menyertai Tamlikha pergi. Oleh Tamlikha mereka diajak menuju ke sebuah rumah yang paling tinggi di kota itu. Setibanya di sana, Tamlikha berkata kepada orang yang mengantarkan: "Inilah rumahku!"
Pintu rumah itu lalu diketuk. Keluarlah seorang lelaki yang sudah sangat lanjut usia. Sepasang alis di bawah keningnya sudah sedemikian putih dan mengkerut hampir menutupi mata karena sudah terlampau tua. Ia terperanjat ketakutan, lalu bertanya kepada orang-orang yang datang: "Kalian ada perlu apa?"
Utusan raja yang menyertai Tamlikha menyahut: "Orang muda ini mengaku rumah ini adalah rumahnya!"
Orang tua itu marah, memandang kepada Tamlikha. Sambil mengamat-amati ia bertanya: "Siapa namamu?"
"Aku Tamlikha anak Filistin!"
Orang tua itu lalu berkata: "Coba ulangi lagi!"
Tamlikha menyebut lagi namanya. Tiba-tiba orang tua itu bertekuk lutut di depan kaki Tamlikha sambil berucap: "Ini adalah datukku! Demi Allah, ia salah seorang di antara orang-orang yang melarikan diri dari Diqyanius, raja durhaka." Kemudian diteruskannya dengan suara haru: "Ia lari berlindung kepada Yang Maha Perkasa, Pencipta langit dan bumi. Nabi kita, Isa as., dahulu telah memberitahukan kisah mereka kepada kita dan mengatakan bahwa mereka itu akan hidup kembali!"
Peristiwa yang terjadi di rumah orang tua itu kemudian di laporkan kepada raja. Dengan menunggang kuda, raja segera datang menuju ke tempat Tamlikha yang sedang berada di rumah orang tua tadi. Setelah melihat Tamlikha, raja segera turun dari kuda. Oleh raja Tamlikha diangkat ke atas pundak, sedangkan orang banyak beramai-ramai menciumi tangan dan kaki Tamlikha sambil bertanya-tanya: "Hai Tamlikha, bagaimana keadaan teman-temanmu?"
Kepada mereka Tamlikha memberi tahu, bahwa semua temannya masih berada di dalam gua.
"Pada masa itu kota Aphesus diurus oleh dua orang bangsawan istana. Seorang beragama Islam dan seorang lainnya lagi beragama Nasrani. Dua orang bangsawan itu bersama pengikutnya masing-masing pergi membawa Tamlikha menuju ke gua," demikian Imam Ali melanjutkan ceritanya.
Teman-teman Tamlikha semuanya masih berada di dalam gua itu. Setibanya dekat gua, Tamlikha berkata kepada dua orang bangsawan dan para pengikut mereka: "Aku khawatir kalau sampai teman-temanku mendengar suara tapak kuda, atau gemerincingnya senjata. Mereka pasti menduga Diqyanius datang dan mereka bakal mati semua. Oleh karena itu kalian berhenti saja di sini. Biarlah aku sendiri yang akan menemui dan memberitahu mereka!"
Semua berhenti menunggu dan Tamlikha masuk seorang diri ke dalam gua. Melihat Tamlikha datang, teman-temannya berdiri kegirangan, dan Tamlikha dipeluknya kuat-kuat. Kepada Tamlikha mereka berkata: "Puji dan syukur bagi Allah yang telah menyelamatkan dirimu dari Diqyanius!"
Tamlikha menukas: "Ada urusan apa dengan Diqyanius? Tahukah kalian, sudah berapa lamakah kalian tinggal di sini?"
"Kami tinggal sehari atau beberapa hari saja," jawab mereka.
"Tidak!" sangkal Tamlikha. "Kalian sudah tinggal di sini selama 309 tahun! Diqyanius sudah lama meninggal dunia! Generasi demi generasi sudah lewat silih berganti, dan penduduk kota itu sudah beriman kepada Allah yang Maha Agung! Mereka sekarang datang untuk bertemu dengan kalian!"
Teman-teman Tamlikha menyahut: "Hai Tamlikha, apakah engkau hendak menjadikan kami ini orang-orang yang menggemparkan seluruh jagad?"
"Lantas apa yang kalian inginkan?" Tamlikha balik bertanya.
"Angkatlah tanganmu ke atas dan kami pun akan berbuat seperti itu juga," jawab mereka.
Mereka bertujuh semua mengangkat tangan ke atas, kemudian berdoa: "Ya Allah, dengan kebenaran yang telah Kau perlihatkan kepada kami tentang keanehan-keanehan yang kami alami sekarang ini, cabutlah kembali nyawa kami tanpa sepengetahuan orang lain!"
Allah s.w.t. mengabulkan permohonan mereka. Lalu memerintahkan Malaikat maut mencabut kembali nyawa mereka. Kemudian Allah s.w.t. melenyapkan pintu gua tanpa bekas. Dua orang bangsawan yang menunggu-nunggu segera maju mendekati gua, berputar-putar selama tujuh hari untuk mencari-cari pintunya, tetapi tanpa hasil. Tak dapat ditemukan lubang atau jalan masuk lainnya ke dalam gua. Pada saat itu dua orang bangsawan tadi menjadi yakin tentang betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Dua orang bangsawan itu memandang semua peristiwa yang dialami oleh para penghuni gua, sebagai peringatan yang diperlihatkan Allah kepada mereka.
Bangsawan yang beragama Islam lalu berkata: "Mereka mati dalam keadaan memeluk agamaku! Akan ku dirikan sebuah tempat ibadah di pintu gua itu."
Sedang bangsawan yang beragama Nasrani berkata pula: "Mereka mati dalam keadaan memeluk agamaku! Akan ku dirikan sebuah biara di pintu gua itu."
Dua orang bangsawan itu bertengkar, dan setelah melalui pertikaian senjata, akhirnya bangsawan Nasrani terkalahkan oleh bangsawan yang beragama Islam. Dengan terjadinya peristiwa tersebut, maka Allah berfirman:
وَكَذَلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَانًا رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًا
Dan begitulah Kami menyerempakkan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat mengetahui mengenai mereka." Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan membina di atas mereka sebuah masjid."
Sampai di situ Imam Ali bin Abi Thalib berhenti menceritakan kisah para penghuni gua. Kemudian berkata kepada pendeta Yahudi yang menanyakan kisah itu: "Itulah, hai Yahudi, apa yang telah terjadi dalam kisah mereka. Demi Allah, sekarang aku hendak bertanya kepadamu, apakah semua yang ku ceritakan itu sesuai dengan apa yang tercantum dalam Taurat kalian?"
Pendeta Yahudi itu menjawab: "Ya Abal Hasan, engkau tidak menambah dan tidak mengurangi, walau satu huruf pun! Sekarang engkau jangan menyebut diriku sebagai orang Yahudi, sebab aku telah bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba Allah serta Rasul-Nya. Aku pun bersaksi juga, bahwa engkau orang yang paling berilmu di kalangan ummat ini!"
  1. Demikianlah hikayat tentang para penghuni gua (Ashhabul Kahfi), kutipan dari kitab Qishasul Anbiya yang tercantum dalam kitab Fadha 'ilul Khamsah Minas Shihahis Sittah, tulisan As Sayyid Murtadha Al Huseiniy Al Faruz Aabaad, dalam menunjukkan banyaknya ilmu pengetahuan yang diperoleh Imam Ali bin Abi Thalib dari Rasul Allah s.a.w.

RAJA-RAJA ADALAH AHLULBAIT

RAJA-RAJA ADALAH AHLULBAIT

JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG

JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG
Wasiat nenda YM SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA kepada anak-cucunya supaya JANGAN MAKE IKE KACENG!!
_______@@@@@@@@@@@@@@@@@________
__________&&&&&&&&&&&&&&&&&___________


YM TENGKU SRI MAHARAJA DATUK PERDANA MENTERI LONG GAFFAR KELANTAN 1756M



YM Long Gaffar adalah AHLULBAIT dari titihan bapanya keturunan Yang Mulia Wali 7. Syed Hussen JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal AlAkhbar (Kesultanan Deccan) bin Ali Zainal Abidin rd bin Isa Syakir bin Jaffar Saddiq bin Ali Zainal Abidin as bin Imam Hussein as (Karbala) bin Siti Fatimah azZahra (sydn. Ali KWJ) bin Muhammaad Rasulullah SAW bin Nabi Ismail as bin Nabi Ibrahim Al-Khalil bin Nabi Adam as. Ibunya pula dari titihan Puteri Krajaan D'Raja Champa zuriat nabi Ibrahim Al-Khalil dan Siti Qan’tura (Yunnan).

Baginda memerentah Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang) setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1 di dalam peristiwa sejarah yang terkenal iaitu ‘Tragedi Kain Cindai’.

Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak (dari keturunan Jembal) membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

PUTERI NENG MAS (Legeh)

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas (Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu YM Long Gaffar telah dibunuh kerana dituduh bermukah dengan YM Long Gaffar, gara-gara ‘cemburu buta’ kerana Permaisuri telah memiliki "KAIN CINDAI" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh YM Long Gaffar.

'KAIN CINDAI Chepa Melaka'

Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh YM Long Gaffar semasa lawatannya bersama YM Long Yunus ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa kedatangan YM Long Gaffar itu, Long Pandak baru pergi berburu.

Manakala di masa itu Permaisuri terasa tertarik dengan kain Cindai ‘Chepa Melaka’ yang dibawa oleh YM Long Gaffar itu; lalu meminta untuk ditiru tenunannya. YM Long Ghaffar sedia meminjamkan kain Cindai itu kepada permaisuri sambil disaksikan oleh YM Long Yunus.

Kemudian, tanpa mengambil kembali kain Cindai tersebut, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus pun bersepakat untuk berjalan-jalan sambil merantau sampai ke Terengganu (menunaikan amanat al-Sultan Pattani ayahandanya, supaya melihat perkembangan negeri Terengganu).

BERANGKAT KE TERENGGANU

Sesampainya di Terengganu (Besut), YM Long Gaffar dan YM Long Yunus menjadi begitu sedih, marah dan terharu apabila mendengar keluhan dan aduan rakyat tentang jajahan Besut yang telah dirampas oleh Bugis.

Yang mana sebelum ini jajahan Besut telah tergadai kepada Bugis oleh Sultan Terengganu akibat ‘Kalah dalam sayembara ‘Laga at Yang Mulia (YM) Syed Hussein JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal Al Akhbar (Deccan).
Ayam’, sedangkan negeri Terengganu itu adalah ‘HADIAH’ nendanya al Sultan Pattani kepada YM Raja Johor, sebagai tanda kekeluargaan dan kasih sayang dari titihan wali keram
Tanpa mencela dan tanpa pengetahuan Sultan Terengganu, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus telah berpakat untuk bertanding ‘Laga Ayam’ dengan angkatan Bugis demi mengembalikan semula pengaruh dan kredibiliti Empayar ayahandanya Pattani dan Istana Terengganu itu sendiri; Dan apatah lagi baginda Long Gaffar sendiri adalah Putera Mahkota Pattani, maka layaklah beliau sendiri menyelesaikan masalah tersebut.

PENGHULU ADAS____

_Akhirnya dengan kebjiksanaan dan kepandaian senjata bapa saudara baginda, Penghulu Adas (YM Datuk Syed Kadok 1), telah menggunakan tipu-helah menggunakan ‘Lawi Ayam’ iaitu satu senjata kecil daripada BESI seperti pisau, sehingga berjaya membuat ‘ayam sabung’ angkatan Bugis kecundang walaupun kelihatan pada mulanya Ayam Sabung itu sudah hampir kalah.

Rentetan daripada kemenangan tanpa upah itu, lalu menjadi kecohlah bumi Terengganu dengan teriakan:

“Raja Long Gaffar ambil balik Besut! Raja Long Gaffar ambil balik Besut!”,

Maka sampailah berita itu kepada Sultan Terengganu, maka dijemputnya angkatan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara ke Istana Terengganu lalu diraikan dalam upacara yang penuh gilang-gemilang. Menurut riwayat, baginda diraikan selama tiga bulan berturut-turut di Terengganu.


UTUSAN BERKUDA

Di masa YM Long Gaffar dan angkatannya bersama Sultan Terengganu tengah bersukaria di istana, tiba-tiba datanglah ’utusan berkuda’ dari Kerajaan Reman- Pattani yang membawa perkhabaran tentang kematian Permaisuri Kelantan iaitu sepupu kepada YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara yang dibunuh oleh Long Pandak, Sultan Kelantan di masa itu.

Maka angkatan baginda YM Long Gaffar pun bertolak dari Terengganu bersama ratusan askar dari kerajaan Istana Terengganu untuk merampas kembali ‘kedaulatan’ empayar Pattani-Kelantan yang mula diderhakai oleh Long Pandak.

Di tengah jalan, rupanya telah ada satu pasukan pembunuh khas dari sultan Long Pandak untuk menyerang hendap angkatan YM Long Gaffar di Mahligai, Pasir Putih

PENYERANG 'HENDAP_____

Alhamdulillah dengan ‘pertolongan Allah’, rencana ‘serang hendap’ oleh pasukan Long Pandak itu dapat dihidu oleh pembesar kepada Datuk Syed Kadok 1, Tok Kundor @ Pendekar Kundor (Kg. Anak Bukit, Melor, Kelantan),

Lalu Pendekar Kundor mengarahkan penduduk dan kaum-kerabatnya yang setia pada YM Raja Long Gaffar untuk menyerang hendap pula pasukan Long Pandak daripada belakang.


Lantaran itu habis mati kesemuanya pasukan ‘penyerang hendap’ tentera Long Pandak dibunuh oleh Pendekar Kundor dan penduduk Kg.Anak Bukit, Melor tanpa belas kasihan lagi.

Sesampainya angkatan YM Long Gaffar ke tempat kejadian itu, dilihat musuh-musuhnya telah menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan tidak bernyawa lagi..

KE KOTA KUBANG LABU

Kemudian angkatan YM Long Gaffar telah bergabung dengan angkatan Pendekar kundor, Kg. Anak Bukit, Melor, menuju ke Istana Kota Kubang Labu beramai-ramai. Di masa itu hari telah pun melampaui waktu Isya’.


Sesampainya angkatan YM Raja Long Gaffar ke Istana Kota Kubang Labu adalah hampir-hampir waktu subuh;

“Ketika lena dibuai mimpi tidur, tiba-tiba Long Pandak membukakan matanya, lalu ia terdengar bunyi Ayam Jantan berkokok: “koo.. kokokoOO..”;

Dan ia melihat DUA ORANG LELAKI BERTOPENG; Lalu Long Gaffar membunuh Long Pandak dan YM Long Yunus membunuh Long Mohamaad @ Long Deraman”.


Kemudian YM Long Gaffar berkata kepada YM Long Yunus:




“Adik (adinda)! Kamu tinggal dalam istana (jadi Raja) dan biar abe (kekanda) pegang rakyat.”




lalu ia memakai gelaran Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Kelantan iaitu yang berstatus sebagai
Yang DiPertuan Agong sekarang ini merangkap PERDANA MENTERI (dua-dua pegang kuasa eksekutif dengan kuasa rakyat)

Segala perkara-perkara KEHAKIMAN yang berkaitan dengan urusan agama Islam dan hokum ‘Hudud’ diserahkan kepada Kerajaan YM Raja Long Gaffar di Limbat; manakala YM Long Yunus menjadi Raja yang bersemayam di istana Kota Kubang Labu yang melibatkan urusan istana dan pentadbiran sosial sahaja.


Di Kota Limbat, YM Long Gaffar mula membangunkan madrasah berbentuk ala ‘pondok’ (cottage learning Centre) untuk perkembangan agama Islam dan melantik seorang ulama besar bernama TOK BARUH (Hj. Ismail, Pattani) untuk menjadi guru madrasah di situ.


Manakala baginda sendiri akan turun mengajar setiap hari Jumaat dengan memakai Topeng (ala Zorro atau di balik tabir) untuk mengajar rakyat supaya tidak dikenali.

Di zaman baginda YM Long Gaffar inilah satu peristiwa sejarah yang besar telah berlaku iaitu dengan terbitnya Kitab Munyatul’Musolli yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatoni di Mekah, hanya dengan menggunakan jari-jarinya sahaja dalam keadaan gelap tetapi telah disinari cahaya putih yang keluar dari tangannya.


Kitab itu dikarang oleh Sheikh Daud alFatoni atas arahan YM Raja Long Gaffar Kelantan 1754M untuk memerintah di Kota Limbat.


Firman Allah:“Sesungguhnya orang-orang yang inginkan akhirat tidak akan mencari pengaruh di mukabumi” (alQuran).


DUA RAJA BERSAUDARA


Gabungan ‘dua Raja bersaudara’ yang warak, alim, bijaksana dan berani itu telah membentuk satu identiti yang unik bagi Kelantan dan tersendiri; di mana di masa pemerentahan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah, baru terlaksananya HUKUM HUDUD yang tulen dan tersebarnya dengan meluas ilmu ALQURAN (pegangan AhlulBait-quran Qadim) dan juga ilmu Kitab-Kitab Muktabar seperti AlHikam, Muhimaah, Munyatul’Musolli, Minhajul'Abidin dan Kitab Kuning Pattani selain Kitab Nur Muhamaad dan Hikayat Nabi Bercukur.


___*nota: __


_Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ akhirnya telah dirampas penjajah pada era pasca perang dunia ke I pada (1909M) ketika era menghapuskan pengaruh dan kuasa YM Long Gaffar dalam istana oleh penjajah daripada pewaris terakhirnya Datuk Syed Kadok III iaitu Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen alKubra yang mencari perlindungan di Kg. Kadok, Ketereh.

Kg.Kadok adalah tempat berdiamnya bapa saudara YM Tengku Mahmud iaitu Datuk Syed Kadok II dan kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak YM Datuk Syed Kadok sendiri (sepupunya) iaitu YM Syarifah Maryam @ Nik Yam dan diberi ‘hadiah’ berupa tanah seluas 14 ekar di Kg. Bandar, Pulai Chondong, 16660 Kelantan dan sebuah Kapal Laut bernama 'KAPAL SRI KELANTAN'.


MEMBUKA KAMPUNG BANDAR

Baginda kemudiannya hidup ‘zuhud’ dengan hanya dikenali sebagai ‘anak Raja T'tani pembuka Kg. Bandar’ dan guru mutlak alQuran Qadim.

Perkampungan baru itu menjadi transit utama di zaman itu kerana pengangkutan utamanya adalah sungai dan kampung itu bersebelahan dengan Sungai Kelantan.

Kampung itu dinamakan 'KAMPUNG BANDAR' kerana bermaksud Perkampungan iaitu MEKAH dan Perbandaran bermasud 'MADINAH; lalu dijadikan kampung itu dengan nama KAMPUNG BANDAR atau MEKAH-MADINAH.

Manakala, kitab syariat yang menjadi teras ajarannya adalah Tanbihul'Ghafilin, minhajul'Abidin, Munyatul'Musolli dan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali rd.


‘NEGERI DIKERAT LINTANG’


Di zaman pemerintahan dua Raja bersaudara, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah Kelantan pula dikenali pula sebagai ‘Negeri dikerat lintang’ atau atau negeri dua pemerintahan.


Mengikut sejarah yang terdahulu, pada awalnya (1350M), Kelantan diberi nama oleh nendanya Syed Hussein JamadilKubra berdasarkan peristiwa ‘Kilatan’ atau ‘cahaya berbentuk Tudung Saji’ di Bukit Panau.

(rujuk perpustakaan Awam Kelantan dan profile M Q T K ).


Kepala AhlulBait adalah lebih mahal bagi Yahudi laknat’tullah, selain kepala Osama ben Laden!


YM Datuk Syed Kadok III


Sebenarnya zuriat terakhir YM Long Gaffar-Pattani iaitu YM Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen (Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah) telah berhijrah ke Kelantan (Kg.Kadok) dari Pattani adalah kerana telah diburu oleh kerajaan SIAM.


Baginda Tengku Mahmud telah mendapat berita bahawa kerajaan Siam telah bernekad untuk menyerang Istana Pattani pada satu tarikh yang diketahui oleh penasihat istana Pattani seorang waliAllah yang kasyaf.

Maka baginda bersama 40 orang pengikut setianya telah melarikan diri dari istana Pattani pada waktu subuh (rujuk MQTK scribd) dan membawa bersama mereka Kitab-Kitab Muktabar Pattani seperti Kitab Kuning, Nur Muhamaad, Tanbihul'Ghafilin, alHikam, Munyatul’Musolli, Faradatul’Faraid, Minhajul’Abidin dan banyak lagi kerana di masa itu Kitab-Kitab diutamakan di istana-istana Raja kemudian baru disebarkan kepada rakyat.


Nota:

Dimasa dahulu, Kitab-Kitab Muktabar adalah amat-amat diagungkan. Sebelum disebarkan kepada rakyat, Kitab-Kitab itu akan diarak disekeliling istana dahulu. Begitulah mulianya Kitab-Kitab agama itu. Di masa itu, hanya anak-anak Raja (golongan Istana) yang pandai membaca Kitab dan tahu hukum-hukum agama.
Setelah dewasa, maka MEREKA akan sebarkan kitab-kitab itu untuk rakyat.

nota:
Kitab-Kitab Muktabar pegangan AhluilBait Pattani-Kelantan sekarang ini 100% telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;


_Kitab-Kitab tersebut telah pun disahkan dengan rasminya -oleh Ybhg. Prof. Uthman Muhammaed El-Muhammady, fellow (ISTAC) dan juga selaku Penasihat Kehormat MQTK Malaysia pada Mac 2009 bersama MQTK committee meeting iaitu YM YDP MQTK Yusnaidi bin Yusoff, cikgu Arrifin bin Che Yahya (PKHEM, Sek. Men. Hamzah 1, 18500 Machang, Kelantan, dan YM Nik Mohd Kamal bin Hj. Nik Lah (ajk PKLGK) dan perjumpaan ini adalah diatur dan turut disaksikan oleh YM Wan Syamsuddin Ramli, bendahari MQTK dan YM Nik Mahadi bin Nik Hassan selaku wakil TV3 Kelantan.


TAQQIYYAH


Selain dari Kitab-Kitab Muktabar; dibawa bersama mereka juga dua biji ‘buah pinang’ untuk ditanam di tepi rumah masing-masing jika telah selamat sampai di mana-mana destinasi sebagai satu ‘tanda’ untuk dikenal akan KETURUNANNYA, kerana angkatan YM Tengku Mahmud telah berhijrah lebih awal ke Kelantan dan manakala yang lain ada yang mencari perlindungan dan menetap di Kedah, Perlis dan Terengganu.; begitu juga di Pahang dan Perak.


Melalui era Datuk Syed Kadok III inilah bermulanya kembali episode cerita menyembunyikan ‘identiti’ atau TAQQIYYAH sebagai ahlulbait dan Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah itu.__

KESIMPULAN

Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ adalah inti kepada perubahan sejarah negeri Kelantan. Daripada ‘Tragedi Kain Cindai’ itulah yang membawa kepada kemangkatan Permaisuri Kelantan (sepupu Long Gaffar) dan terbunuhnya Sultan Kelantan (Long Pandak dari titihan Raja Sakti- Raja Jembal) sehingga berlakulah peralihan takdir Allah sehingga terbentuknya satu institusi Kesultanan AhlulBait di bumi Kelantan;

Dan di zaman YM Long Gaffar dan YM Long Yunus, barulah ikhwan Islam dan ROH sebenar Islam di bumi berkat ini terhasil.


Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini.

Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____

"Sultan adalah PAYUNG ALLAH di muka bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang lemah, memberi pertolongan kepada orang-orang aniaya. Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia ini, Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat"______
(Hadis daripada Abu Hurairah)

Ingat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store).


Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya,


lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana.


Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah?

Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....


WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:


“AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa.”


“Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.
Dan Firman Allah:

“Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan ‘rahmat? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait), Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu KERAJAAN yang besar”.


Firman Allah:

“Sesungguhnya Kami telah melebihkan Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan Keluarga Imran melebihi umatnya di zamannya” (alimran 3:33)


Kekaburan Sejarah Kelantan


Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an.


Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaran MAIK.


_PERANG KOTA KUBANG LABU II 1762M

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762M di antara Long Pandak yang memerintah Kota Lubang Labu dengan YM Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman (sampai Ulu Kuala Kangsar, Perak dan juga adalah Putera Mahkota Pattani) dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas).


Tapi cerita sebenarnya, baginda YM Long Gaffar tidak mahu menjadi Sultan (living simply) dan mengambil jalan merantau terutamanya ke Kelantan kerana di Kelantan ada sebuah bukit yang namanya Bukit Panau atau Bukit Tunggal..


Bukit ini adalah nostalgia bagi YM Long Gaffar dan penduduk negeri Kelantan kerana daripada peristiwa nendanya Syed Hussein JamadilKubra yang melahirkan ‘KILAT’ ketika be-Ritual kerohanian (Ibadat suluk) sehingga melahirkan 'KILAT-kilat-tan' yang berbentuk ‘Tudung Saji’ sehingga terwujud nama negeri Kelantan.


Negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh YM Long Gaffar dan keturunannya selepas peristiwa ‘Tragedi Kain Cindai’ sampai kepada era penghapusan kuasa AhlulBait di dalam pemerentahan (Istana) pada lewat pasca-perang Jepun-British.


KOTA LIMBAT

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan YM Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu YM Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan saudara SEPUPU kepada YM Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda YM Long Gaffar, manakala YM Long Gaffar juga dianggap ‘GURU’ oleh YM Long Yunus kerana mengajarkan ilmu alQuran Qadim kepadanya. Lalu YM Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh YM Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat).


Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah ‘HUDUD’ adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat.


Pada zaman baginda YM Long Gaffarlah ‘hukum Hudud’ yang pertama telah dilaksanakan dengan sempurnanya. Di zaman beliaulah segala kitab-kitab muktabar pegangan AhlulBait Rasulullah dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jawi) dan segala hal ehwal Islam dapat dilaksanakan. Realiti daripoada itiu, akhirnya bumi Kelantan menjadi makmur dan berkat sehinggalah sampai pada era penjajahan.


Dua pemerentahan antara Kerajaan di Limbat dengan Istana Kota Kubang Labu, menyebabkan Kelantan dikenali dengan nama ‘Negeri Yang Di-kerat Lintang’ atau Kelantan iaitu antara Raja yang memerintah iaitu baginda YM Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

PENYELEWENGAN FAKTA SEJARAH

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan YM Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan YM Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, YM Long Gaffar telah Berjaya membunuh Sultan Kelantan iaitu Long Pandak, manakala Long Yunus pula membunuh Long Deraman (bapa saudara Sultan).


Semasa pemerintahan baginda YM Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud yang pertama di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal.

Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.


PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT 1915M

Pemerintahan keturunan YM Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa ‘pemberontakan Tok Janggut’ pada tahun 1915M iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh.Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan YM Long Gaffar ini berpunca dari keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam ke atas negeri Kelantan.

Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan YM Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan dan menggugurkan ketuanan YM Long Gaffar dan keturunannya.


Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda YM Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung bukit Si Guntang dan kebesaran kerajaan baginda Pattani.

_____Berikut adalah maklumat terakhir tentang buku-buku berkenaan:-


() Sila rujuk Perpustakaan Awam Kelantan.


() M Q T K/PKLGK/PKDSKK/PKSHJKN


_____@@@@@@@@@@@@@@@@@@@______

Keluarga Kawe..

Keluarga Kawe..
Keluarga YM Datuk Syed Kadok V, Kg.Bandar, Machang, Kelantan.

Kitab-Kitab Rujukan Ahlulbait

  • ALQURAN TAFSIR,
  • Muhimaah, Untaian Kisah Wali-Wali Allah, AlHikam, Futul Ghaib, Bidayatul Hidayah