Sunday, December 27, 2009


Photo MQTK QuranSunnahIslam di Seminar Pemantapan Akidah dan Isu-Isu Semasa bersama YM Raja Ahmad bin Raja Sulaiman dan UMNO dun Bachok 27 Dis 2009M (Dewan Pusat KoKurikulum Kelantan, Jabatan Pelajaran Negeri Tanggok, Bachok. Anjuran UMNO dun Jelawat)

No comments:

Post a Comment

THE CLEAR MIRRORS
The fitrah is normally referred to as the 'mirror of fitrah'-whereby through the fitrah alone man can clearly see and believe in the existance of Allah, if he allows those inborn feelings to guide him.

RAJA-RAJA ADALAH AHLULBAIT

RAJA-RAJA ADALAH AHLULBAIT

JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG

JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG
Wasiat nenda YM SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA kepada anak-cucunya supaya JANGAN MAKE IKE KACENG!!
_______@@@@@@@@@@@@@@@@@________
__________&&&&&&&&&&&&&&&&&___________


YM TENGKU SRI MAHARAJA DATUK PERDANA MENTERI LONG GAFFAR KELANTAN 1756M



YM Long Gaffar adalah AHLULBAIT dari titihan bapanya keturunan Yang Mulia Wali 7. Syed Hussen JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal AlAkhbar (Kesultanan Deccan) bin Ali Zainal Abidin rd bin Isa Syakir bin Jaffar Saddiq bin Ali Zainal Abidin as bin Imam Hussein as (Karbala) bin Siti Fatimah azZahra (sydn. Ali KWJ) bin Muhammaad Rasulullah SAW bin Nabi Ismail as bin Nabi Ibrahim Al-Khalil bin Nabi Adam as. Ibunya pula dari titihan Puteri Krajaan D'Raja Champa zuriat nabi Ibrahim Al-Khalil dan Siti Qan’tura (Yunnan).

Baginda memerentah Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang) setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1 di dalam peristiwa sejarah yang terkenal iaitu ‘Tragedi Kain Cindai’.

Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak (dari keturunan Jembal) membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

PUTERI NENG MAS (Legeh)

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas (Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu YM Long Gaffar telah dibunuh kerana dituduh bermukah dengan YM Long Gaffar, gara-gara ‘cemburu buta’ kerana Permaisuri telah memiliki "KAIN CINDAI" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh YM Long Gaffar.

'KAIN CINDAI Chepa Melaka'

Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh YM Long Gaffar semasa lawatannya bersama YM Long Yunus ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa kedatangan YM Long Gaffar itu, Long Pandak baru pergi berburu.

Manakala di masa itu Permaisuri terasa tertarik dengan kain Cindai ‘Chepa Melaka’ yang dibawa oleh YM Long Gaffar itu; lalu meminta untuk ditiru tenunannya. YM Long Ghaffar sedia meminjamkan kain Cindai itu kepada permaisuri sambil disaksikan oleh YM Long Yunus.

Kemudian, tanpa mengambil kembali kain Cindai tersebut, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus pun bersepakat untuk berjalan-jalan sambil merantau sampai ke Terengganu (menunaikan amanat al-Sultan Pattani ayahandanya, supaya melihat perkembangan negeri Terengganu).

BERANGKAT KE TERENGGANU

Sesampainya di Terengganu (Besut), YM Long Gaffar dan YM Long Yunus menjadi begitu sedih, marah dan terharu apabila mendengar keluhan dan aduan rakyat tentang jajahan Besut yang telah dirampas oleh Bugis.

Yang mana sebelum ini jajahan Besut telah tergadai kepada Bugis oleh Sultan Terengganu akibat ‘Kalah dalam sayembara ‘Laga at Yang Mulia (YM) Syed Hussein JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal Al Akhbar (Deccan).
Ayam’, sedangkan negeri Terengganu itu adalah ‘HADIAH’ nendanya al Sultan Pattani kepada YM Raja Johor, sebagai tanda kekeluargaan dan kasih sayang dari titihan wali keram
Tanpa mencela dan tanpa pengetahuan Sultan Terengganu, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus telah berpakat untuk bertanding ‘Laga Ayam’ dengan angkatan Bugis demi mengembalikan semula pengaruh dan kredibiliti Empayar ayahandanya Pattani dan Istana Terengganu itu sendiri; Dan apatah lagi baginda Long Gaffar sendiri adalah Putera Mahkota Pattani, maka layaklah beliau sendiri menyelesaikan masalah tersebut.

PENGHULU ADAS____

_Akhirnya dengan kebjiksanaan dan kepandaian senjata bapa saudara baginda, Penghulu Adas (YM Datuk Syed Kadok 1), telah menggunakan tipu-helah menggunakan ‘Lawi Ayam’ iaitu satu senjata kecil daripada BESI seperti pisau, sehingga berjaya membuat ‘ayam sabung’ angkatan Bugis kecundang walaupun kelihatan pada mulanya Ayam Sabung itu sudah hampir kalah.

Rentetan daripada kemenangan tanpa upah itu, lalu menjadi kecohlah bumi Terengganu dengan teriakan:

“Raja Long Gaffar ambil balik Besut! Raja Long Gaffar ambil balik Besut!”,

Maka sampailah berita itu kepada Sultan Terengganu, maka dijemputnya angkatan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara ke Istana Terengganu lalu diraikan dalam upacara yang penuh gilang-gemilang. Menurut riwayat, baginda diraikan selama tiga bulan berturut-turut di Terengganu.


UTUSAN BERKUDA

Di masa YM Long Gaffar dan angkatannya bersama Sultan Terengganu tengah bersukaria di istana, tiba-tiba datanglah ’utusan berkuda’ dari Kerajaan Reman- Pattani yang membawa perkhabaran tentang kematian Permaisuri Kelantan iaitu sepupu kepada YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara yang dibunuh oleh Long Pandak, Sultan Kelantan di masa itu.

Maka angkatan baginda YM Long Gaffar pun bertolak dari Terengganu bersama ratusan askar dari kerajaan Istana Terengganu untuk merampas kembali ‘kedaulatan’ empayar Pattani-Kelantan yang mula diderhakai oleh Long Pandak.

Di tengah jalan, rupanya telah ada satu pasukan pembunuh khas dari sultan Long Pandak untuk menyerang hendap angkatan YM Long Gaffar di Mahligai, Pasir Putih

PENYERANG 'HENDAP_____

Alhamdulillah dengan ‘pertolongan Allah’, rencana ‘serang hendap’ oleh pasukan Long Pandak itu dapat dihidu oleh pembesar kepada Datuk Syed Kadok 1, Tok Kundor @ Pendekar Kundor (Kg. Anak Bukit, Melor, Kelantan),

Lalu Pendekar Kundor mengarahkan penduduk dan kaum-kerabatnya yang setia pada YM Raja Long Gaffar untuk menyerang hendap pula pasukan Long Pandak daripada belakang.


Lantaran itu habis mati kesemuanya pasukan ‘penyerang hendap’ tentera Long Pandak dibunuh oleh Pendekar Kundor dan penduduk Kg.Anak Bukit, Melor tanpa belas kasihan lagi.

Sesampainya angkatan YM Long Gaffar ke tempat kejadian itu, dilihat musuh-musuhnya telah menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan tidak bernyawa lagi..

KE KOTA KUBANG LABU

Kemudian angkatan YM Long Gaffar telah bergabung dengan angkatan Pendekar kundor, Kg. Anak Bukit, Melor, menuju ke Istana Kota Kubang Labu beramai-ramai. Di masa itu hari telah pun melampaui waktu Isya’.


Sesampainya angkatan YM Raja Long Gaffar ke Istana Kota Kubang Labu adalah hampir-hampir waktu subuh;

“Ketika lena dibuai mimpi tidur, tiba-tiba Long Pandak membukakan matanya, lalu ia terdengar bunyi Ayam Jantan berkokok: “koo.. kokokoOO..”;

Dan ia melihat DUA ORANG LELAKI BERTOPENG; Lalu Long Gaffar membunuh Long Pandak dan YM Long Yunus membunuh Long Mohamaad @ Long Deraman”.


Kemudian YM Long Gaffar berkata kepada YM Long Yunus:




“Adik (adinda)! Kamu tinggal dalam istana (jadi Raja) dan biar abe (kekanda) pegang rakyat.”




lalu ia memakai gelaran Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Kelantan iaitu yang berstatus sebagai
Yang DiPertuan Agong sekarang ini merangkap PERDANA MENTERI (dua-dua pegang kuasa eksekutif dengan kuasa rakyat)

Segala perkara-perkara KEHAKIMAN yang berkaitan dengan urusan agama Islam dan hokum ‘Hudud’ diserahkan kepada Kerajaan YM Raja Long Gaffar di Limbat; manakala YM Long Yunus menjadi Raja yang bersemayam di istana Kota Kubang Labu yang melibatkan urusan istana dan pentadbiran sosial sahaja.


Di Kota Limbat, YM Long Gaffar mula membangunkan madrasah berbentuk ala ‘pondok’ (cottage learning Centre) untuk perkembangan agama Islam dan melantik seorang ulama besar bernama TOK BARUH (Hj. Ismail, Pattani) untuk menjadi guru madrasah di situ.


Manakala baginda sendiri akan turun mengajar setiap hari Jumaat dengan memakai Topeng (ala Zorro atau di balik tabir) untuk mengajar rakyat supaya tidak dikenali.

Di zaman baginda YM Long Gaffar inilah satu peristiwa sejarah yang besar telah berlaku iaitu dengan terbitnya Kitab Munyatul’Musolli yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatoni di Mekah, hanya dengan menggunakan jari-jarinya sahaja dalam keadaan gelap tetapi telah disinari cahaya putih yang keluar dari tangannya.


Kitab itu dikarang oleh Sheikh Daud alFatoni atas arahan YM Raja Long Gaffar Kelantan 1754M untuk memerintah di Kota Limbat.


Firman Allah:“Sesungguhnya orang-orang yang inginkan akhirat tidak akan mencari pengaruh di mukabumi” (alQuran).


DUA RAJA BERSAUDARA


Gabungan ‘dua Raja bersaudara’ yang warak, alim, bijaksana dan berani itu telah membentuk satu identiti yang unik bagi Kelantan dan tersendiri; di mana di masa pemerentahan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah, baru terlaksananya HUKUM HUDUD yang tulen dan tersebarnya dengan meluas ilmu ALQURAN (pegangan AhlulBait-quran Qadim) dan juga ilmu Kitab-Kitab Muktabar seperti AlHikam, Muhimaah, Munyatul’Musolli, Minhajul'Abidin dan Kitab Kuning Pattani selain Kitab Nur Muhamaad dan Hikayat Nabi Bercukur.


___*nota: __


_Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ akhirnya telah dirampas penjajah pada era pasca perang dunia ke I pada (1909M) ketika era menghapuskan pengaruh dan kuasa YM Long Gaffar dalam istana oleh penjajah daripada pewaris terakhirnya Datuk Syed Kadok III iaitu Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen alKubra yang mencari perlindungan di Kg. Kadok, Ketereh.

Kg.Kadok adalah tempat berdiamnya bapa saudara YM Tengku Mahmud iaitu Datuk Syed Kadok II dan kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak YM Datuk Syed Kadok sendiri (sepupunya) iaitu YM Syarifah Maryam @ Nik Yam dan diberi ‘hadiah’ berupa tanah seluas 14 ekar di Kg. Bandar, Pulai Chondong, 16660 Kelantan dan sebuah Kapal Laut bernama 'KAPAL SRI KELANTAN'.


MEMBUKA KAMPUNG BANDAR

Baginda kemudiannya hidup ‘zuhud’ dengan hanya dikenali sebagai ‘anak Raja T'tani pembuka Kg. Bandar’ dan guru mutlak alQuran Qadim.

Perkampungan baru itu menjadi transit utama di zaman itu kerana pengangkutan utamanya adalah sungai dan kampung itu bersebelahan dengan Sungai Kelantan.

Kampung itu dinamakan 'KAMPUNG BANDAR' kerana bermaksud Perkampungan iaitu MEKAH dan Perbandaran bermasud 'MADINAH; lalu dijadikan kampung itu dengan nama KAMPUNG BANDAR atau MEKAH-MADINAH.

Manakala, kitab syariat yang menjadi teras ajarannya adalah Tanbihul'Ghafilin, minhajul'Abidin, Munyatul'Musolli dan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali rd.


‘NEGERI DIKERAT LINTANG’


Di zaman pemerintahan dua Raja bersaudara, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah Kelantan pula dikenali pula sebagai ‘Negeri dikerat lintang’ atau atau negeri dua pemerintahan.


Mengikut sejarah yang terdahulu, pada awalnya (1350M), Kelantan diberi nama oleh nendanya Syed Hussein JamadilKubra berdasarkan peristiwa ‘Kilatan’ atau ‘cahaya berbentuk Tudung Saji’ di Bukit Panau.

(rujuk perpustakaan Awam Kelantan dan profile M Q T K ).


Kepala AhlulBait adalah lebih mahal bagi Yahudi laknat’tullah, selain kepala Osama ben Laden!


YM Datuk Syed Kadok III


Sebenarnya zuriat terakhir YM Long Gaffar-Pattani iaitu YM Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen (Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah) telah berhijrah ke Kelantan (Kg.Kadok) dari Pattani adalah kerana telah diburu oleh kerajaan SIAM.


Baginda Tengku Mahmud telah mendapat berita bahawa kerajaan Siam telah bernekad untuk menyerang Istana Pattani pada satu tarikh yang diketahui oleh penasihat istana Pattani seorang waliAllah yang kasyaf.

Maka baginda bersama 40 orang pengikut setianya telah melarikan diri dari istana Pattani pada waktu subuh (rujuk MQTK scribd) dan membawa bersama mereka Kitab-Kitab Muktabar Pattani seperti Kitab Kuning, Nur Muhamaad, Tanbihul'Ghafilin, alHikam, Munyatul’Musolli, Faradatul’Faraid, Minhajul’Abidin dan banyak lagi kerana di masa itu Kitab-Kitab diutamakan di istana-istana Raja kemudian baru disebarkan kepada rakyat.


Nota:

Dimasa dahulu, Kitab-Kitab Muktabar adalah amat-amat diagungkan. Sebelum disebarkan kepada rakyat, Kitab-Kitab itu akan diarak disekeliling istana dahulu. Begitulah mulianya Kitab-Kitab agama itu. Di masa itu, hanya anak-anak Raja (golongan Istana) yang pandai membaca Kitab dan tahu hukum-hukum agama.
Setelah dewasa, maka MEREKA akan sebarkan kitab-kitab itu untuk rakyat.

nota:
Kitab-Kitab Muktabar pegangan AhluilBait Pattani-Kelantan sekarang ini 100% telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;


_Kitab-Kitab tersebut telah pun disahkan dengan rasminya -oleh Ybhg. Prof. Uthman Muhammaed El-Muhammady, fellow (ISTAC) dan juga selaku Penasihat Kehormat MQTK Malaysia pada Mac 2009 bersama MQTK committee meeting iaitu YM YDP MQTK Yusnaidi bin Yusoff, cikgu Arrifin bin Che Yahya (PKHEM, Sek. Men. Hamzah 1, 18500 Machang, Kelantan, dan YM Nik Mohd Kamal bin Hj. Nik Lah (ajk PKLGK) dan perjumpaan ini adalah diatur dan turut disaksikan oleh YM Wan Syamsuddin Ramli, bendahari MQTK dan YM Nik Mahadi bin Nik Hassan selaku wakil TV3 Kelantan.


TAQQIYYAH


Selain dari Kitab-Kitab Muktabar; dibawa bersama mereka juga dua biji ‘buah pinang’ untuk ditanam di tepi rumah masing-masing jika telah selamat sampai di mana-mana destinasi sebagai satu ‘tanda’ untuk dikenal akan KETURUNANNYA, kerana angkatan YM Tengku Mahmud telah berhijrah lebih awal ke Kelantan dan manakala yang lain ada yang mencari perlindungan dan menetap di Kedah, Perlis dan Terengganu.; begitu juga di Pahang dan Perak.


Melalui era Datuk Syed Kadok III inilah bermulanya kembali episode cerita menyembunyikan ‘identiti’ atau TAQQIYYAH sebagai ahlulbait dan Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah itu.__

KESIMPULAN

Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ adalah inti kepada perubahan sejarah negeri Kelantan. Daripada ‘Tragedi Kain Cindai’ itulah yang membawa kepada kemangkatan Permaisuri Kelantan (sepupu Long Gaffar) dan terbunuhnya Sultan Kelantan (Long Pandak dari titihan Raja Sakti- Raja Jembal) sehingga berlakulah peralihan takdir Allah sehingga terbentuknya satu institusi Kesultanan AhlulBait di bumi Kelantan;

Dan di zaman YM Long Gaffar dan YM Long Yunus, barulah ikhwan Islam dan ROH sebenar Islam di bumi berkat ini terhasil.


Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini.

Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____

"Sultan adalah PAYUNG ALLAH di muka bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang lemah, memberi pertolongan kepada orang-orang aniaya. Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia ini, Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat"______
(Hadis daripada Abu Hurairah)

Ingat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store).


Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya,


lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana.


Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah?

Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....


WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:


“AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa.”


“Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.
Dan Firman Allah:

“Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan ‘rahmat? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait), Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu KERAJAAN yang besar”.


Firman Allah:

“Sesungguhnya Kami telah melebihkan Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan Keluarga Imran melebihi umatnya di zamannya” (alimran 3:33)


Kekaburan Sejarah Kelantan


Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an.


Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaran MAIK.


_PERANG KOTA KUBANG LABU II 1762M

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762M di antara Long Pandak yang memerintah Kota Lubang Labu dengan YM Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman (sampai Ulu Kuala Kangsar, Perak dan juga adalah Putera Mahkota Pattani) dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas).


Tapi cerita sebenarnya, baginda YM Long Gaffar tidak mahu menjadi Sultan (living simply) dan mengambil jalan merantau terutamanya ke Kelantan kerana di Kelantan ada sebuah bukit yang namanya Bukit Panau atau Bukit Tunggal..


Bukit ini adalah nostalgia bagi YM Long Gaffar dan penduduk negeri Kelantan kerana daripada peristiwa nendanya Syed Hussein JamadilKubra yang melahirkan ‘KILAT’ ketika be-Ritual kerohanian (Ibadat suluk) sehingga melahirkan 'KILAT-kilat-tan' yang berbentuk ‘Tudung Saji’ sehingga terwujud nama negeri Kelantan.


Negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh YM Long Gaffar dan keturunannya selepas peristiwa ‘Tragedi Kain Cindai’ sampai kepada era penghapusan kuasa AhlulBait di dalam pemerentahan (Istana) pada lewat pasca-perang Jepun-British.


KOTA LIMBAT

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan YM Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu YM Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan saudara SEPUPU kepada YM Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda YM Long Gaffar, manakala YM Long Gaffar juga dianggap ‘GURU’ oleh YM Long Yunus kerana mengajarkan ilmu alQuran Qadim kepadanya. Lalu YM Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh YM Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat).


Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah ‘HUDUD’ adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat.


Pada zaman baginda YM Long Gaffarlah ‘hukum Hudud’ yang pertama telah dilaksanakan dengan sempurnanya. Di zaman beliaulah segala kitab-kitab muktabar pegangan AhlulBait Rasulullah dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jawi) dan segala hal ehwal Islam dapat dilaksanakan. Realiti daripoada itiu, akhirnya bumi Kelantan menjadi makmur dan berkat sehinggalah sampai pada era penjajahan.


Dua pemerentahan antara Kerajaan di Limbat dengan Istana Kota Kubang Labu, menyebabkan Kelantan dikenali dengan nama ‘Negeri Yang Di-kerat Lintang’ atau Kelantan iaitu antara Raja yang memerintah iaitu baginda YM Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

PENYELEWENGAN FAKTA SEJARAH

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan YM Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan YM Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, YM Long Gaffar telah Berjaya membunuh Sultan Kelantan iaitu Long Pandak, manakala Long Yunus pula membunuh Long Deraman (bapa saudara Sultan).


Semasa pemerintahan baginda YM Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud yang pertama di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal.

Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.


PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT 1915M

Pemerintahan keturunan YM Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa ‘pemberontakan Tok Janggut’ pada tahun 1915M iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh.Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan YM Long Gaffar ini berpunca dari keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam ke atas negeri Kelantan.

Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan YM Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan dan menggugurkan ketuanan YM Long Gaffar dan keturunannya.


Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda YM Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung bukit Si Guntang dan kebesaran kerajaan baginda Pattani.

_____Berikut adalah maklumat terakhir tentang buku-buku berkenaan:-


() Sila rujuk Perpustakaan Awam Kelantan.


() M Q T K/PKLGK/PKDSKK/PKSHJKN


_____@@@@@@@@@@@@@@@@@@@______

Keluarga Kawe..

Keluarga Kawe..
Keluarga YM Datuk Syed Kadok V, Kg.Bandar, Machang, Kelantan.

Kitab-Kitab Rujukan Ahlulbait

  • ALQURAN TAFSIR,
  • Muhimaah, Untaian Kisah Wali-Wali Allah, AlHikam, Futul Ghaib, Bidayatul Hidayah